Program Kursus Kad Hijau CIDB (New Registration & Renewal)


PERHATIAN kepada mereka yang bekerja atau terlibat dengan aktiviti-aktiviti di tapak pembinaan di seluruh Malaysia. Adakah anda berdaftar dan memegang kad perakuan Pendaftaran Personel Binaan CIDB atau dikenali sebagai Green Card? TIADA?? BELUM ADA??
Jika belum, SILA BACA INI
Menurut Akta 520 (Pindaan 2011) – Seksyen 33 (Kewajipan Pendaftaran Personel Binaan) setiap personel binaan diwajibkan untuk mendaftar di bawah Lembaga yang sah. Denda sebanyak RM 5,000 dikenakan kepada kontraktor utama dan personel sekiranya bekerja di tapak pembinaan dengan tidak memiliki Kad yang sah. Tambahan pula, personel binaan yang memiliki kad yang sah akan diberikan perlindungan di bawah Plan Takaful Personel Binaan berkelompok CIDB. Plan ini merupakan satu bentuk perlindungan berdasarkan konsep Hibah yang mana pembayarannya tertakluk kepada budi bicara dan pertimbangan CIDB.
TENGOK SEMUA KONTRAKTOR ADA KAD INI.. APA SYARAT DIA??
Senang sangat syarat untuk dipatuhi.. ingat peraturan perlu diikuti bukan dilanggar ya..
✅Had umur mendaftar sebagai personel binaan di Semenanjung Malaysia adalah 18 tahun dan ke atas
✅Bagi di negeri Sabah, Sarawak dan Pelatih Binaan adalah 16 Tahun dan ke atas
✅Pemohon bekerja dalam industri pembinaan serta melaksanakan kerja-kerja pembinaan
✅Menghadiri kursus Induksi Keselamatan untuk personel binaan atau lain-lain kursus seumpamanya yang diiktiraf oleh CIDB - WAJIB HADIR
✅Mematuhi undang-undang bertulis yang lain yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa yang berkaitan.
APA TU KAD HIJAU CIDB

Kad Hijau CIDB adalah kad yang dikeluarkan oleh CIDB sahaja. Ia adalah satu-satunya Safety Passport yang rasmi dan diiktiraf oleh pihak Industri Pembinaan di Malaysia. Untuk memiliki kad ini, seseorang diwajibkan mengikuti Kursus SICW (Safety Induction for Construction Workers) selama sehari. Ia memberi peluang kepada peserta kursus untuk mendapatkan pengetahuan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
APA KELEBIHAN MEMILIKI KAD HIJAU
Pemegang Kad Hijau adalah dilindungi di bawah Skim Takaful CIDB semasa bekerja dan di luar waktu bekerja (perlindungan 24 jam di mana-mana sahaja)
Manfaat insurans berkelompok untuk melindungi anda dan keluarga tersayang..

TEMPAT ADALAH TERHAD
DAFTAR SEGERA